[ Updated threads · New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum Board » Labuan F.T. » 2023 » Gangguan Bekelan Air 19 Mac 2023
Gangguan Bekelan Air 19 Mac 2023
supaminDate: Thursday, 2023 March 16, 10.16.10 AM | Message # 1
Private
Group: Administrators
Messages: 26
Awards: 0
Status: Offline
Notis pemberhentian sementara operasi loji rawatan air sungai pagar.

Tarikh: 15 MAC 2023 (RABU)

Perkara: Notis pemberhentian sementara operasi loji rawatan air Sungai Pagar untuk kerja–kerja pencucian “sediment tank”.

Untuk makluman semua pengguna, Jabatan ini akan menjalankan kerja-kerja pencucian “sediment tank” di Loji Rawatan Air Sungai Pagar pada ketetapan berikut.

Tarikh: 19 Mac 2023
Masa: 8.00 pagi sehingga selesai.
Dijangka gangguan akan dirasai pada hari tersebut apabila tangki perkhidmatan pada paras yang rendah dan memerlukan masa 2 hari untuk dipulihkan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna dinasihatkan untuk berjimat dalam penggunaan air seharian dan menyimpan air yang mencukupi di dalam tangki simpanan masing-masing. Sekiranya ada pengguna yang memerlukan bantuan penghantaran air boleh menghubungi bahagian aduan untuk penjadualan penghantaran.

Kawasan Terlibat:-
DMA UMS: Umskal, kg Sungai Miri/Pagar, kg Sungai Lada sebahagian Bukit Timbalai dan kawasan-kawasan berhampiran.

Segala kesulitan amat dikesali dan pihak BBAWPL akan menyegerakan kerja-kerja  tersebut.

Pengguna yang terjejas boleh terus menghubungi talian aduan 1300-22-0028 serta talian whatsapp 013-8560755 (8.00 pagi - 8.00 malam) untuk bantuan penghantaran air terus ke rumah pengguna.

Kerjasama dan kesabaran semua pihak adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Harap Maklum.

BAHAGIAN BEKALAN AIR WP LABUAN.


"life is short, lets have fun"
 
GuestDate: Tuesday, 2023 March 21, 1.29.59 PM | Message # 2
Group: Guests





Hello, bekalan air sudah kembali pulih? Area darat macam slow je air..
 
supaminDate: Wednesday, 2023 March 22, 1.21.51 PM | Message # 3
Private
Group: Administrators
Messages: 26
Awards: 0
Status: Offline
Masih ada masalah kot wacko

"life is short, lets have fun"
 
SuDate: Thursday, 2023 March 23, 11.03.14 AM | Message # 4
Group: Guests





hmmm... masih teda aing cry
 
BisaiBisaiDate: Friday, 2023 March 24, 10.02.00 AM | Message # 5
Group: Guests





Alum tuuu biggrin
 
BobDate: Thursday, Yesterday, 10.31.32 AM | Message # 6
Group: Guests





Gangguan bekalan air lagi hari ini? Kecil sudah air paip ohhh wacko wacko wacko
 
Forum Board » Labuan F.T. » 2023 » Gangguan Bekelan Air 19 Mac 2023
  • Page 1 of 1
  • 1
Search:
New reply
Name:
Message text:
All emoticons
Message options:
Security code:

Contact Us
  • * We are open everyday.
  • * May not be able to reply quickly on Saturday, Sunday and Public Holiday.
Know US